Wednesday, 25 February 2015

Goreng Pisang Cicah Cendol Pulut


First time aku try mende ni…..Selama ni tak pernah pulak aku makan cendol pulut dengan goreng pisang. Cerita camne aku boleh makan benda ni semua bermula dengan……
Adalah sorang member aku ni ajak pekena cendol lepas habis je kuliah….tak silap aku masa ni aku tengah buat degree di Shah Alam.. Dalam pada duk ajak geng-geng, adalah sorang lagi member aku ni bagi cadangan ajak sekali budak-budak lelaki course kitaorang….
Seperti yang dijanjikan, petang tu berkumpul ramai-ramai kat tapak gerai cendol seksyen 7….Sebabnya makan cendol kat sana, geng-geng lelaki tu la yang suggest…diorang cakap cendol kat situ sedap GILERRRRR….Kitaorang pun setuju la nak try cendol kat sana.
Lepas je siap order, tak lama selepas tu cendol pun sampai kat depan mata…sorang-sorang dengan muka penuh teruja….macam nak menitik air liur tengok cendol…..padahal cendol je pun bukannya lamb choppppp!!!!! Ketika itu adalah sorang kawan lelaki kitaorang datang dengan bawak plastik kat tangan…. Yang kawan pada lelaki ni pulak tak sabar2x terus je buka plastik…ambik 1 goreng pisang tadi potong kepada 4 bahagian….kemudian dia masukkan ke dalam mangkuk cendol miliknya….kitaorang yang melihat ni dah ternganga mulut masing2x….seriously aku cakap aku tak pernah lagi tengok orang makan cendol dengan pisang goreng.
Dia yang tengah syok makan cendolnya dengan pisang goreng tu sempat memandang kami dan tersenyum..dia Tanya asal korang tengok aku??? Aku yang memang pelik ni terus je jawab…..aku tak pernah lagi tengok orang makan cendol dengan goreng pisang..sedap ke? Dia terus menjawab sedapppppppppp…baik ko try….confem lepas ni nak lagi…..
Dengan curious aku nak tahu camne rasanya…aku pun ambik la sebiji pisang goreng dan letak dalam mangkuk cendol aku….TIRU APA YANG DIA BUAT TADI…..then aku makan……. SERIOUSLY aku cakap kat korang….SEDAP GILERRRRRRR!!!!!!!! Macam nak je lagi mintak pisang goreng tu…..haha……

p/s: korang kena cuba tau…….SEDAPPPPPP makan cendol pulut dengan pisang goreng…..

No comments:

Post a Comment