Wednesday, 25 February 2015

9 Tahun Dahulu


Mengimbau kembali kenangan dulu……ada doktor gigi datang ke sekolah….masa tu if tak silap aku pada awal tahun. Tengok je van lambang hospital berhenti di dalam pagar sekolah….hati aku mulalah tak senang duduk…haha…al-maklum lah aku ni penakut sikit dengan doctor…..tak suka, tak suka dan tak suka…..seriously rasa sangat2x benci…
Dalam kelas, masa tu tak de guru pun yang masuk…haaa….masa ni aku form 5….sweet 17 gitu…ada la sorang budak ni panggil semua budak kelas aku suruh pergi cek gigi kat bilik yang dijadikan klinik kat sekolah…..masa tu ak dah rasa tak nak pergi…..i hate doctor gigi…lepas siap je periksa gigi aku terus je masuk kelas.
Agak lama selepas tu, budak dari kelas aku jugak la datang panggil 3 orang pelajar beritahu bahawa doctor gigi suruh panggil…berdebar sakan aku masa tu sebab nama aku pun ada…..OMG…..mak tolong acik, acik tak nakkkkkkkk….aku bertiga ni pergi la jumpa doctor gigi tu….aku paling last tunggu nak masuk jumpa doctor sebab aku dah bagi pelajar2x lain masuk dulu….aku takut sangat….Tapi…aku tak boleh lari sebab last2x memang aku kena jugak….haha…sabar je la…
Masuk je dalam bilik doctor tu, doctor tu dah tersenyum kat aku….aku tak sure la senyum dia tu senyum perli or memang dia ikhlas nak senyum….aku pun terpaksalah senyum dekat dia sebab takkan orang senyum kat kita and then kita nak buat bodoh je…..mesti lah kena balas balik kan….Then dia suruh aku baring dekat kerusi yang dia periksa gigi aku tadi…seriously dada aku dah nak meletup sebab mesin yang dia guna nak tampung gigi tu bunyinya kuat sangat…..huaaaa…aku mahu lari…..tolong!!!!!sapa2x je tolong buat aku lari dari sini…..Lupa pulak nak cakap doctor yang cek gigi aku ni hensem giler okkkkkk…repeat….HENSEM GILERRRRRRR!!!!!! No words can describe him…haha….nampak tak kat situ betapa gatalnya aku……serious MELTING habis kalau korang semua tengok…..
Berbalik pada cerita tadi, bunyi mesin tampung gigi tu makin dekat dengan aku….rasa takut tu semakin meluap2x dan aku terus pejamkan mata aku….dalam hati dah mengucap tak putus2x…aku dapat rasa yang doctor tu dah duduk dekat dengan kepala aku….of course la kan sebab dia doctor gigi…bukannya doctor sakit puan…..hehehehe…
Untuk mendapatkan kembali semangat dan kekuatan kepada diriku, aku meletakkan lengan di atas pemegang kerusi dan terus mencengkam erat pemegang itu…..amat selesa ku rasakan….terlalu lembut dan mengasyikkan..aku semakin memegangnya erat  dan meramas-ramas bagi menenangkan fikiranku…..sungguh tenang sehinggalah doctor itu siap menampung gigiku. Aku yakin sudah siap kerana doctor tu dah mula bercakap-cakap denganku..Aku terus membuka mata dan tersenyum kearahnya….aku pun tak pasti apa yang dia tanya kat aku jadi aku hanya bertindak mendiamkan diri sahaja..

Aku ingin bangun dari kerusi yang aku baring tadi dan aku terpandang akan tanganku yang berada di pemegang kerusi itu…alangkah terperanjatnya aku apabila mendapati bahawa tanganku bukannya berada di atas pemegang kerusi sebaliknya berapa di atas peha doctor itu….diulangi TANGAN AKU ADA ATAS PEHA DOKTOR!!!!!!!!! OMG….rasa macam nak pengsan masa tu….ohhhhhh betapa aku malu….Ya Allah….peha doctor tu yang aku ramas tadi…..repeat balik….AKU RAMAS PEHA DOKTOR!!!!…..mesti dia fikir aku ni gatal giler kan…..tapi serius aku tak tau tu peha dia….satu je perkataan yang boleh aku cakap masa tu…..Aku MALUUUUUUUUUUUU!!!!!!! Aku langsung tak pandang muka doctor tu, mengucapkan terima kasih dan terus keluar…….

No comments:

Post a Comment