Saturday, 22 November 2014

Bab 2 : Encik Engineer vs Cik Iceberg

Bab 2

“ saya ke?” laju sahaja jari telunjukku menunjuk kearah mukaku ini.
“Ehhh….ada orang lain lagi ke kat sini selain kita berdua?” jawab pemuda itu dengan muka sinis.
Poyo betul la mamat ni. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Macam nak main-main je dengan aku ni. Haishhhh,tak boleh jadi ni. Aku kena lawan ni.
“la saya ingatkan awak tengah bercakap dengan pokok bunga tadi sebab dari tadi lagi duk pandang-pandang pokok tu. Sampaikan naik seram pokok tu dengan awak.”
Selesai aku berkata-kata terus saja mamat tu gelak sakan. Dalam hati aku dah mengomel macam-macam tentang mamat tu…gila ke apa mamat ni..agak-agakla kalau nak gelak pun. Takkan la sampai nak kejutkan semua orang yang ada kat taman perumahan ni.aku cuba tayang muka tak puas kat mamat tu, sambil tangan dah naik mencekak pinggang. Mahu sahaja aku ‘smack down’ mamat ni. Tapi agak-agakla aku nak buat camtu kan. Anak teruna orang kot, bukan anak beruang. Malas ambik peduli tentang mamat tu, aku terus pusingkan tubuh dan ingin berlalu masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat aku melangkah pergi, terus sahaja mamat tadi bersuara. “nak pergi mana tu? Tak nak cakap dengan saya lagi ke?” pantas sahaja aku berpaling dan menjawab soalannya. “ Nak masuk rumah sendiri pun salah ke? Perlu ke cakap dengan orang gila macam awak ni?” nah, soalan berjawab soalan aku bagi kat dia.” Ala, tunggulah kejap. Saya tak puas lagi ni nak berbual-bual dengan awak. Temanlah saya berbual kejap. Saya boring duduk rumah sorang-sorang.tak kan saya nak bercakap dengan dinding pulak.” And for your information, I tak gila tau. Sambungnya lagi.
Aku masih lagi mendiamkan diri. Tak bergerak dan tak bercakap. Lama aku berkeadaan seperti itu.
Kemudian aku terdengar lagi suara mamat tadi memecahkan kebisuan antara kami. “ awak ni nama apa ye? Bukan apa, dari tadi kita bercakap tapi kita masih lagi tak kenal antara satu sama lain. Saya ilham hariz. Boleh panggil ilham. Kalau nak best lagi boleh panggil abang ilham tak pun abang je.
Tak semena- mena aku terus pandang wajah lelaki itu yang diperkenalkan sebagai ilham. Terlihat ada segaris senyuman diwajah kacak lelaki itu. Dalam hati aku masih mentafsir setiap patah perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu. “abang? Uwekkks…terasa loya tekak aku dengan panggilan tu. Dengan abang kandungku sendiri pun aku tak pernah membahasakan dirinya abang, inikan pula orang luar. Aku terus menjeling mamat itu. Bagi aku panggilan itu hanyalah untuk someone yang bergelar suami kepada diriku. Seraya itu aku terus bersuara..” tak payah nak berabang-abang sangat la. Awak bukan abang saya pun. Dengan abang sendiri pun saya tak pernah panggil abang, inikan pula nak panggil awak abang. Kulihat wajahnya masih lagi tersenyum. Entah apa yang merasuk dirinya, aku pun tak tau. Hmmm, by the way, nama saya Qaisher Nur Hani. Boleh panggil Qai je. “

 Kalau saya nak panggil ‘honey’ boleh? Jawab mamat tadi bersama senyuman yang tak dapat aku agak maksudnya.

Sunday, 17 August 2014

Bab 1 : Encik Engineer vs Cik Iceberg

Bab 1

Awan mendung berarak menutupi seluruh dada langit. Warna yang tadinya cerah kini berganti kelam sekelam hati Qaiser Nur Hani yang sedang memandang dada langit. Emmm..nampaknya petang ni nak hujan. Baik aku angkat kain baju dekat ampaian sebelum hujan turun. Sebaik sahaja kaki Qai melangkah menuju kearah ampaian, hujan turun dengan lebatnya. Berlari-lari Qai menyelamatkan baju yang dijemurnya tadi. Nasibnya baik kerana baju yang dijemur tidak banyak hari ni. Qai mengeluh perlahan. Beratnya dugaan yang perlu dia tempuhi selepas tamat pengajian di Uitm Shah Alam dalam bidang kejuruteraan. Dibuang keluarga selepas mama dan papanya dapat tahu bahawa dia tidak meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Pada peringkat awal sememangnya Qai mengambil bidang itu tetapi sejurus sahaja tamat minggu mesra siswa dia terus menukar bidang pengajiannya sehinggalah pada semester akhir mama dan papanya dapat mengesan tentang itu. Tanpa penjelasan papa terus menghalau Qai keluar dari rumah dan mengharamkannya untuk jejak ke banglo mewah itu. Teringatkan peristiwa itu hati Qai berasa sedih. Kenapa nasibnya tidak sebaik kawan-kawannya. Punya keluarga yang memahami kehendak anak masing-masing. Dia jadi cemburu pada temannya yang sangat rapat dengan orang tuanya tapi berlain dengan dirinya. Hidupnya ketika di bangku sekolah lagi diatur keluarga dan dikawal pergaulan sehingga dia sendiri rasa rimas. Dalam Qai mengeluh mengingati nasib dirinya dia disapa orang sebelah rumah.

Hai takkanlah dah besar panjang ni pun masih nak main hujan kot? Dalam hati Qai sempat lagi mengomel seorang diri. Aku nak main ke aku nak mandi ke kau peduli apa.. luahnya dalam hati. 

Eh...tak de la..saya nak masuk dalam tadi tapi dah lebat sangat hujannya tu yang tersadai tepi garaj ni..dah awak ni kenapa pulak duduk luar hujan-hujan ni? Ke awak yang nak sangat main hujan? Ambik kau..kan dah kena dengan aku..Dengan aku jangan dibuat main, memamg kau yang kena balik..

Dengan slumber badaknya pemuda itu berkata " saya saja je nak temankan 'orang tu' mandi hujan...nampak macam best"... sengaja ilham menekankan perkataan 'orang tu' agar gadis itu sedar dia sedang maksudkan dirinya. Sebenarnya sudah lama Ilham memerhati gadis yang tinggal berjiran dengannya namun masih belum berpeluang untuk bercakap dan mengenali gadis itu. Peluang yang ada akan dia gunakan sebaik mungkin untuk lebih rapat lagi dengan gadis itu.

Aku mengerut sedikit dahi dengan jawapan yang diberi oleh jiran sebelah rumah..'orang tu'? Aku ke yang mamat ni maksudkan..matanya melilau ke sekitar kawasan rumah takut-takut ada orang lain selain mereka disitu...ishhh..tak de orang pun..mamat ni maksudkan aku kot.