All the pain you caused me, finally come back to you today….
Wednesday, 25 February 2015
Dunia Saya....Saya yang cipta
Everybody has a past… Everybody lives a present…. And
everybody deserves a future…..
Jangan Peduli Cakap Orang
Some people will never understand your life. That’s okay..
You’re here to live your life, not to make everyone understands….
Sakitnya Ya Allah...
Sometimes it’s better to be clueless about what’s happening
around you, rather than knowing every bit of information that silently kills
you…..
Anything about me......
Happines is about
leaving the pain behind….
Mungkin…..tapi bagi aku kesakitan tu dah memang sebati
dengan hidupku….mahu atau tidak, aku perlu membawa kesakitan itu
bersama…..sakit…..memang sakitttttt….sebab aku tak punya pilihan….
Love is when you see the
ugliest part of me but you still staying….
Susah nak cari orang yang boleh menerima diri kita
seadanya….sehingga sekarang aku masih mencari-cari….26 tahun bukan satu jangka
masa yang singkat…..seiring dengan usiaku, aku masih menunggu seseorang yang jujur
menyayangiku seikhlas hati…bukan aku memilih tapi kerana aku ingin bersama dia
sehingga ke akhir hayat, aku terpaksa memilih yang terbaik….
What a stupid act you
have done, Awie….
Membenci dia bukan agenda aku…..aku tak pasti bila aku mula
membenci dirinya….sungguh aku pening memikirkan semua ini….bagaikan tiada
pengakhiran….aku lelah, aku penat…..
When you lost my
trust, you also lost me. I can’t trust you anymore, so please leave me alone.
Aku dah tak percayakan dia lagi….Sebab dia aku hilang segala-galanya….Kepercayaan….maruah
diri..sahabat…..semuanya……aku benci insan yang bernama lelaki…..kata-kata dia
hanya manis dibibir, dia pandai berkata-kata….aku BENCI dia sampai mati….aku
tak salahkan dia 100%, mungkin aku yang bodoh tak tau menilai seseorang…..tapi
untuk mencintai seseorang yang bernama lelaki selepas ini, semua tu adalah
mustahil….aku dah tutup rapat pintu hatiku untuk insan yang bernama lelaki…Ungkapan
yang tak mungkin aku percaya lagi bila keluarnya dari mulut seorang lelaki….’ I
will love you until the day I stop breathing. I promise you……..
I’ve lost faith in
everything that I believe. Given a chance, people can change….
Yeeeee!!!! Saya mengaku saya silap….jiwa remaja, mudah
goyah……perasaan ingin mencuba tu pasti ada pada setiap remaja…..dan aku
satu-satunya remaja yang tidak terkecuali pada masa itu….tapi manusia boleh
berubah jika diberi peluang….dan aku sangat-sangat bersyukur sebab aku masih
lagi tidak terlalu jauh tersasar….hanya tergelincir bila diberi kebebasan….
Tak Mungkin Ku Lupakan...
Dugaan demi dugaan dalam hidup ini terpaksa aku
lalui……kadang-kadang aku seperti orang yang kebingungan dalam mencari erti
sebenar kehidupan……
17 feb 2015…..kisah hidup yang tak mungkin aku lupakan
sampai bila-bila……Rasa risau, rasa takut, rasa ……..ahhhhhhh tak dapat aku nak
nyatakan disini…..semuanya kerana DIA…..insan yang mempunyai pertalian darah
denganku…Terlalu sukar rasanya hidup ini untuk ditempuhi tetapi aku perlu
redha, mungkin ini jalannya……
Menunggu dan terus menunggu……sampaikan aku dah tak merasai
apa itu penat…..tak mengenal apa itu lelah…….
Hanya di blog ini lah aku dapat meluahkan segala-gala….sebab
aku yakin takkan ada yang mengenali diri ini…ku menulis blog bukan untuk
dikenali tetapi untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati ini…..Coretan
rasa yang ingin ku abadikan dalam diari zaman kini….
Peristiwa Demi Peristiwa
Zaman Diploma adalah zaman yang paling aku rindui….zaman ini
mengajar aku erti hidup sebenar….Dekat sini aku berjumpa dengan kawan-kawan aku
yang sekepala denganku….zaman gila-gila remaja….ya lah umur pun dalam
lingkungan 18 ke 21 tahun……Tapi kenangan di sini tak mungkin dapat terpadam
dalam memori ingatanku….Saat-saat banyak kerja-kerja gila yang aku lakukan,
kadang-kadang membuatkan aku tersenyum sendirian bila ingat
kembali…..hahahahaha…….bila aku lihat buah durian belanda, aku teringat camne
aku tolak kawan aku naik atas pokok durian belanda untuk ambik buah
tu….sebabkan dia tinggi dia terpilih untuk kami tolak dia….lucu, memang
sangat-sangat lucu…kejadian ini berlaku di depan UWAIS….UWAIS ni adalah nama
surau yang ada di dalam kampus UITM JENGKA…..Dan ya…….aku adalah salah seorang
pelajar di UITM JENGKA…..
Kerja kitaorang bila lalu je depan uwais confem akan intai
mana-mana buah yang ada…..tak kira manggis ke jambu ke semua kitaorang sapu
kalu ada yang masak….kitaorang tak mencuri tau…..sebab ada senior ni bagi tau
masa minggu mesra siswa, semua buah yang ada di dalam kampus ni telah
diwakafkan……tapi janganlah pulak pergi ambik buah-buahan yang budak ladang
tanam….mau kena kejar nanti…..
Ni pulak cerita dalam kolej kediaman….diberi nama kompleks
kediaman…ada banyak blok-blok….aku rasa aku duduk kat blok A masa ni…..dekat
tempat ni pun banyak peristiwa-peristiwa yang tak mungkin aku lupakan….kisah
dimana aku angkat kawan aku untuk dia pulas buah kelapa….sebab apa aku angkat
dia??? Sebab dia yang paling kecik dalam ramai-ramai dan dia yang paling
ringan….lupa nak bagitau…kawan aku yang ni, sekarang dah jadi mak orang…..ye la
umur pun dah 26 tahun sekarang…….dulu dia paling gila-gila….haha…..okay
berbalik pada cerita tadi, lepas je dah dapat buah kelapa tu kitaorang dah
pening kepala nak fikir camne nak minum air dia sebab kitaorang mana ade
parang…..duduk kolej mana boleh bawak barang terlarang tu….haha….fikir punya
fikir, member aku dah bagi suggestion suruh pinjam parang dengan warden dekat
blok tu….tak panggil warden sebenarnya tapi aku lupa panggilan apa yang
sepatutnya jadi aku bantai je la warden…masa ni aku offer diri untuk aku yang
pergi mintak parang dengan warden…..dengan satu syarat ada sorang yang
teman…kalau tak aku tak nak….hahaha…..sebab aku pun takut…..ku ketuk pintu
rumah warden dan memberi salam….ya lah dah datang umah orang mesti la kena bagi
salam….dan ku sampai kan hasrat meminjam parang…..yang aku tak sangka warden tu
boleh je bagi tapi dia Tanya la dulu nak buat apa ngan parang tu…..so, aku
cerita la yang aku ngan kawan-kawan nak potong buah kelapa….Hari tu dapat la
aku dan kawan-kawan merasa air kelapa…..banyak lagi cerita-cerita giler
kitaorang kat sini…..tapi cukupla untuk hari ni….next time aku kongsi lagi…..
Goreng Pisang Cicah Cendol Pulut
First time aku try mende ni…..Selama ni tak pernah pulak aku
makan cendol pulut dengan goreng pisang. Cerita camne aku boleh makan benda ni
semua bermula dengan……
Adalah sorang member aku ni ajak pekena cendol lepas habis
je kuliah….tak silap aku masa ni aku tengah buat degree di Shah Alam.. Dalam
pada duk ajak geng-geng, adalah sorang lagi member aku ni bagi cadangan ajak
sekali budak-budak lelaki course kitaorang….
Seperti yang dijanjikan, petang tu berkumpul ramai-ramai kat
tapak gerai cendol seksyen 7….Sebabnya makan cendol kat sana, geng-geng lelaki
tu la yang suggest…diorang cakap cendol kat situ sedap GILERRRRR….Kitaorang pun
setuju la nak try cendol kat sana.
Lepas je siap order, tak lama selepas tu cendol pun sampai
kat depan mata…sorang-sorang dengan muka penuh teruja….macam nak menitik air
liur tengok cendol…..padahal cendol je pun bukannya lamb choppppp!!!!! Ketika
itu adalah sorang kawan lelaki kitaorang datang dengan bawak plastik kat
tangan…. Yang kawan pada lelaki ni pulak tak sabar2x terus je buka
plastik…ambik 1 goreng pisang tadi potong kepada 4 bahagian….kemudian dia
masukkan ke dalam mangkuk cendol miliknya….kitaorang yang melihat ni dah
ternganga mulut masing2x….seriously aku cakap aku tak pernah lagi tengok orang
makan cendol dengan pisang goreng.
Dia yang tengah syok makan cendolnya dengan pisang goreng tu
sempat memandang kami dan tersenyum..dia Tanya asal korang tengok aku??? Aku
yang memang pelik ni terus je jawab…..aku tak pernah lagi tengok orang makan
cendol dengan goreng pisang..sedap ke? Dia terus menjawab sedapppppppppp…baik
ko try….confem lepas ni nak lagi…..
Dengan curious aku nak tahu camne rasanya…aku pun ambik la
sebiji pisang goreng dan letak dalam mangkuk cendol aku….TIRU APA YANG DIA BUAT
TADI…..then aku makan……. SERIOUSLY aku cakap kat korang….SEDAP
GILERRRRRRR!!!!!!!! Macam nak je lagi mintak pisang goreng tu…..haha……
p/s: korang kena cuba tau…….SEDAPPPPPP makan cendol pulut
dengan pisang goreng…..
9 Tahun Dahulu
Mengimbau kembali kenangan dulu……ada doktor gigi datang ke
sekolah….masa tu if tak silap aku pada awal tahun. Tengok je van lambang
hospital berhenti di dalam pagar sekolah….hati aku mulalah tak senang
duduk…haha…al-maklum lah aku ni penakut sikit dengan doctor…..tak suka, tak
suka dan tak suka…..seriously rasa sangat2x benci…
Dalam kelas, masa tu tak de guru pun yang masuk…haaa….masa
ni aku form 5….sweet 17 gitu…ada la sorang budak ni panggil semua budak kelas
aku suruh pergi cek gigi kat bilik yang dijadikan klinik kat sekolah…..masa tu
ak dah rasa tak nak pergi…..i hate doctor gigi…lepas siap je periksa gigi aku
terus je masuk kelas.
Agak lama selepas tu, budak dari kelas aku jugak la datang
panggil 3 orang pelajar beritahu bahawa doctor gigi suruh panggil…berdebar
sakan aku masa tu sebab nama aku pun ada…..OMG…..mak tolong acik, acik tak
nakkkkkkkk….aku bertiga ni pergi la jumpa doctor gigi tu….aku paling last
tunggu nak masuk jumpa doctor sebab aku dah bagi pelajar2x lain masuk dulu….aku
takut sangat….Tapi…aku tak boleh lari sebab last2x memang aku kena
jugak….haha…sabar je la…
Masuk je dalam bilik doctor tu, doctor tu dah tersenyum kat
aku….aku tak sure la senyum dia tu senyum perli or memang dia ikhlas nak
senyum….aku pun terpaksalah senyum dekat dia sebab takkan orang senyum kat kita
and then kita nak buat bodoh je…..mesti lah kena balas balik kan….Then dia
suruh aku baring dekat kerusi yang dia periksa gigi aku tadi…seriously dada aku
dah nak meletup sebab mesin yang dia guna nak tampung gigi tu bunyinya kuat
sangat…..huaaaa…aku mahu lari…..tolong!!!!!sapa2x je tolong buat aku lari dari
sini…..Lupa pulak nak cakap doctor yang cek gigi aku ni hensem giler
okkkkkk…repeat….HENSEM GILERRRRRRR!!!!!! No words can describe him…haha….nampak
tak kat situ betapa gatalnya aku……serious MELTING habis kalau korang semua
tengok…..
Berbalik pada cerita tadi, bunyi mesin tampung gigi tu makin
dekat dengan aku….rasa takut tu semakin meluap2x dan aku terus pejamkan mata
aku….dalam hati dah mengucap tak putus2x…aku dapat rasa yang doctor tu dah
duduk dekat dengan kepala aku….of course la kan sebab dia doctor gigi…bukannya
doctor sakit puan…..hehehehe…
Untuk mendapatkan kembali semangat dan kekuatan kepada
diriku, aku meletakkan lengan di atas pemegang kerusi dan terus mencengkam erat
pemegang itu…..amat selesa ku rasakan….terlalu lembut dan mengasyikkan..aku
semakin memegangnya erat dan
meramas-ramas bagi menenangkan fikiranku…..sungguh tenang sehinggalah doctor itu
siap menampung gigiku. Aku yakin sudah siap kerana doctor tu dah mula
bercakap-cakap denganku..Aku terus membuka mata dan tersenyum kearahnya….aku
pun tak pasti apa yang dia tanya kat aku jadi aku hanya bertindak mendiamkan
diri sahaja..
Aku ingin bangun dari kerusi yang aku baring tadi dan aku
terpandang akan tanganku yang berada di pemegang kerusi itu…alangkah
terperanjatnya aku apabila mendapati bahawa tanganku bukannya berada di atas
pemegang kerusi sebaliknya berapa di atas peha doctor itu….diulangi TANGAN AKU
ADA ATAS PEHA DOKTOR!!!!!!!!! OMG….rasa macam nak pengsan masa tu….ohhhhhh
betapa aku malu….Ya Allah….peha doctor tu yang aku ramas tadi…..repeat
balik….AKU RAMAS PEHA DOKTOR!!!!…..mesti dia fikir aku ni gatal giler
kan…..tapi serius aku tak tau tu peha dia….satu je perkataan yang boleh aku
cakap masa tu…..Aku MALUUUUUUUUUUUU!!!!!!! Aku langsung tak pandang muka doctor
tu, mengucapkan terima kasih dan terus keluar…….
Monday, 9 February 2015
1001 memories....
Teringat masa di KL SENTRAL......bawak beg besar-besar cam nak pindah setahun....memori yang takkan dapat dilupakan...beg besar gedabak tersangkut masa nak melepasi palang masuk LRT kl sentral....muka aku dah cuak dah masa tu.....aku dah selamat masuk, beg still lagi tak melepasi palang....masa tu muka tak tau nak cakap camne....
Lepas tu ada la sorang hamba Allah ni yang prihatin kat aku....terus tanya aku kenapa.....lepas je aku explain sebab apa, dia pun nak bantu aku....dia tarik beg besar gedabak aku ke laluan khas....ala yang ruang dia tu lebih besar dari ruang biasa tu....dia nak kuar & beg aku tu dia nak tarik masuk.....but...x sempat nak melepasi palang, palang tertutup dan alarm bunyi....masa tu aku rasa malu giler kot.....dia pun aku rasa camtu jugak.....lepas tu datang sorang yang jaga kt laluan masuk lrt tu tanya kenapa.....then lelaki tu explain everything kat orang yang jaga laluan tu.....orang yang jaga laluan tu just guna kad dia then beg aku dapat bawak masuk dan lelaki tu dapat keluar....before aku teruskan perjalanan, ak sempat la ucap terima kasih kt lelaki tu dan juga orang yang jaga laluan tadi......
TAU TAK BETAPA MALUNYA AKU RASA MASA TU......RASA MACAM DAH TAK NAK NAIK LRT LAGI LEPAS NI KALAU ADA BEG BESAR GEDABAK....
LRT KL SENTRAL menggamit 1001 kenangan.....yang tak mungkin dapat aku lupakan...
Lepas tu ada la sorang hamba Allah ni yang prihatin kat aku....terus tanya aku kenapa.....lepas je aku explain sebab apa, dia pun nak bantu aku....dia tarik beg besar gedabak aku ke laluan khas....ala yang ruang dia tu lebih besar dari ruang biasa tu....dia nak kuar & beg aku tu dia nak tarik masuk.....but...x sempat nak melepasi palang, palang tertutup dan alarm bunyi....masa tu aku rasa malu giler kot.....dia pun aku rasa camtu jugak.....lepas tu datang sorang yang jaga kt laluan masuk lrt tu tanya kenapa.....then lelaki tu explain everything kat orang yang jaga laluan tu.....orang yang jaga laluan tu just guna kad dia then beg aku dapat bawak masuk dan lelaki tu dapat keluar....before aku teruskan perjalanan, ak sempat la ucap terima kasih kt lelaki tu dan juga orang yang jaga laluan tadi......
TAU TAK BETAPA MALUNYA AKU RASA MASA TU......RASA MACAM DAH TAK NAK NAIK LRT LAGI LEPAS NI KALAU ADA BEG BESAR GEDABAK....
LRT KL SENTRAL menggamit 1001 kenangan.....yang tak mungkin dapat aku lupakan...
Saturday, 7 February 2015
Kehidupan Sebenar
Kadang-kadang kita tak tahu apa yang kita inginkan dalam hidup kita.....
Kadang-kadang kita nak semua yang kita hajati tercapai.....
dan kadang-kadang kita menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi pada kita....
KERANA hidup ini bukan kadang-kadang JADI kita terpaksa pilih apa yang kita mahukan....
untuk jadikan apa yang kita mahukan adalah satu realiti, kita perlu berusaha......MESTI.....
sebab JANJI ALLAH itu pasti....
Kadang-kadang kita nak semua yang kita hajati tercapai.....
dan kadang-kadang kita menyalahkan takdir atas apa yang telah terjadi pada kita....
KERANA hidup ini bukan kadang-kadang JADI kita terpaksa pilih apa yang kita mahukan....
untuk jadikan apa yang kita mahukan adalah satu realiti, kita perlu berusaha......MESTI.....
sebab JANJI ALLAH itu pasti....
Rintihan Tuan Tanah
MENCINTAI dan DICINTAI...
adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai 1 persamaan iaitu RASA......Jika diberi pilihan untuk memilih, akan ku pilih DICINTAI......sebab?......MENCINTAI akan lebih terasa sakitnya berbanding DICINTAI apabila ditinggalkan...Jadi aku lebih memilih DICINTAI kerana aku dah rasa sakitnya MENCINTAI seseorang yang tidak mencintai kita...
adalah 2 perkara yang berbeza tetapi mempunyai 1 persamaan iaitu RASA......Jika diberi pilihan untuk memilih, akan ku pilih DICINTAI......sebab?......MENCINTAI akan lebih terasa sakitnya berbanding DICINTAI apabila ditinggalkan...Jadi aku lebih memilih DICINTAI kerana aku dah rasa sakitnya MENCINTAI seseorang yang tidak mencintai kita...
Subscribe to:
Comments (Atom)