“ saya ke?” laju sahaja jari telunjukku menunjuk kearah mukaku ini.
“Ehhh….ada orang lain lagi ke kat sini selain kita berdua?” jawab
pemuda itu dengan muka sinis.
Poyo betul la mamat ni. Orang tanya dia, dia tanya kita balik. Macam
nak main-main je dengan aku ni. Haishhhh,tak boleh jadi ni. Aku kena lawan ni.
“la saya ingatkan awak tengah bercakap dengan pokok bunga tadi sebab
dari tadi lagi duk pandang-pandang pokok tu. Sampaikan naik seram pokok tu
dengan awak.”
Selesai aku berkata-kata terus saja mamat tu gelak sakan. Dalam hati
aku dah mengomel macam-macam tentang mamat tu…gila ke apa mamat ni..agak-agakla
kalau nak gelak pun. Takkan la sampai nak kejutkan semua orang yang ada kat
taman perumahan ni.aku cuba tayang muka tak puas kat mamat tu, sambil tangan
dah naik mencekak pinggang. Mahu sahaja aku ‘smack down’ mamat ni. Tapi
agak-agakla aku nak buat camtu kan. Anak teruna orang kot, bukan anak beruang.
Malas ambik peduli tentang mamat tu, aku terus pusingkan tubuh dan ingin
berlalu masuk ke dalam rumah. Belum pun sempat aku melangkah pergi, terus
sahaja mamat tadi bersuara. “nak pergi mana tu? Tak nak cakap dengan saya lagi
ke?” pantas sahaja aku berpaling dan menjawab soalannya. “ Nak masuk rumah
sendiri pun salah ke? Perlu ke cakap dengan orang gila macam awak ni?” nah,
soalan berjawab soalan aku bagi kat dia.” Ala, tunggulah kejap. Saya tak puas
lagi ni nak berbual-bual dengan awak. Temanlah saya berbual kejap. Saya boring duduk
rumah sorang-sorang.tak kan saya nak bercakap dengan dinding pulak.” And for
your information, I tak gila tau. Sambungnya lagi.
Aku masih lagi mendiamkan diri. Tak bergerak dan tak bercakap. Lama aku
berkeadaan seperti itu.
Kemudian aku terdengar lagi suara mamat tadi memecahkan kebisuan antara
kami. “ awak ni nama apa ye? Bukan apa, dari tadi kita bercakap tapi kita masih
lagi tak kenal antara satu sama lain. Saya ilham hariz. Boleh panggil ilham. Kalau
nak best lagi boleh panggil abang ilham tak pun abang je.
Tak semena- mena aku terus pandang wajah lelaki itu yang diperkenalkan
sebagai ilham. Terlihat ada segaris senyuman diwajah kacak lelaki itu. Dalam
hati aku masih mentafsir setiap patah perkataan yang diucapkan oleh lelaki itu.
“abang? Uwekkks…terasa loya tekak aku dengan panggilan tu. Dengan abang kandungku
sendiri pun aku tak pernah membahasakan dirinya abang, inikan pula orang luar.
Aku terus menjeling mamat itu. Bagi aku panggilan itu hanyalah untuk someone
yang bergelar suami kepada diriku. Seraya itu aku terus bersuara..” tak payah
nak berabang-abang sangat la. Awak bukan abang saya pun. Dengan abang sendiri
pun saya tak pernah panggil abang, inikan pula nak panggil awak abang. Kulihat
wajahnya masih lagi tersenyum. Entah apa yang merasuk dirinya, aku pun tak tau.
Hmmm, by the way, nama saya Qaisher Nur Hani. Boleh panggil Qai je. “
Kalau saya nak panggil ‘honey’
boleh? Jawab mamat tadi bersama senyuman yang tak dapat aku agak maksudnya.
No comments:
Post a Comment