Bab 1
Awan mendung berarak menutupi seluruh dada langit. Warna yang tadinya cerah kini berganti kelam sekelam hati Qaiser Nur Hani yang sedang memandang dada langit. Emmm..nampaknya petang ni nak hujan. Baik aku angkat kain baju dekat ampaian sebelum hujan turun. Sebaik sahaja kaki Qai melangkah menuju kearah ampaian, hujan turun dengan lebatnya. Berlari-lari Qai menyelamatkan baju yang dijemurnya tadi. Nasibnya baik kerana baju yang dijemur tidak banyak hari ni. Qai mengeluh perlahan. Beratnya dugaan yang perlu dia tempuhi selepas tamat pengajian di Uitm Shah Alam dalam bidang kejuruteraan. Dibuang keluarga selepas mama dan papanya dapat tahu bahawa dia tidak meneruskan pengajiannya dalam bidang perguruan. Pada peringkat awal sememangnya Qai mengambil bidang itu tetapi sejurus sahaja tamat minggu mesra siswa dia terus menukar bidang pengajiannya sehinggalah pada semester akhir mama dan papanya dapat mengesan tentang itu. Tanpa penjelasan papa terus menghalau Qai keluar dari rumah dan mengharamkannya untuk jejak ke banglo mewah itu. Teringatkan peristiwa itu hati Qai berasa sedih. Kenapa nasibnya tidak sebaik kawan-kawannya. Punya keluarga yang memahami kehendak anak masing-masing. Dia jadi cemburu pada temannya yang sangat rapat dengan orang tuanya tapi berlain dengan dirinya. Hidupnya ketika di bangku sekolah lagi diatur keluarga dan dikawal pergaulan sehingga dia sendiri rasa rimas. Dalam Qai mengeluh mengingati nasib dirinya dia disapa orang sebelah rumah.
Hai takkanlah dah besar panjang ni pun masih nak main hujan kot? Dalam hati Qai sempat lagi mengomel seorang diri. Aku nak main ke aku nak mandi ke kau peduli apa.. luahnya dalam hati.
Eh...tak de la..saya nak masuk dalam tadi tapi dah lebat sangat hujannya tu yang tersadai tepi garaj ni..dah awak ni kenapa pulak duduk luar hujan-hujan ni? Ke awak yang nak sangat main hujan? Ambik kau..kan dah kena dengan aku..Dengan aku jangan dibuat main, memamg kau yang kena balik..
Dengan slumber badaknya pemuda itu berkata " saya saja je nak temankan 'orang tu' mandi hujan...nampak macam best"... sengaja ilham menekankan perkataan 'orang tu' agar gadis itu sedar dia sedang maksudkan dirinya. Sebenarnya sudah lama Ilham memerhati gadis yang tinggal berjiran dengannya namun masih belum berpeluang untuk bercakap dan mengenali gadis itu. Peluang yang ada akan dia gunakan sebaik mungkin untuk lebih rapat lagi dengan gadis itu.
Aku mengerut sedikit dahi dengan jawapan yang diberi oleh jiran sebelah rumah..'orang tu'? Aku ke yang mamat ni maksudkan..matanya melilau ke sekitar kawasan rumah takut-takut ada orang lain selain mereka disitu...ishhh..tak de orang pun..mamat ni maksudkan aku kot.
No comments:
Post a Comment